Hostgator

Hostgator
Click on the image for more info

Monday, September 21, 2015

Repwarn Reviews | What is Repwarn Service

Thursday, August 27, 2015

Tuesday, August 25, 2015

Melayu dah cukup dibangsatkan Perdana Menteri August 23, 2015

Bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua

najib_umno_rakyat_600
Oleh Hafidz Baharom
Sebagai seorang ahli bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa UMNO, Melayu akan ‘dibangsatkan’.
Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak sudah lupa bahawa dia sendiri sebagai Presiden UMNO yang telah membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri?
Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang nak meraih undi lepas itu langsung menghilang.
Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii.
Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah.
Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!
Malah, masih sanggup nak katakan “banyak sangat makanan atas meja” rakyat Malaysia!
Mohon maaf, Datuk Seri, tapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang nak terima lagi kata-kata kamu dan kabinet kamu.
Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh penyokong kamu.
Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.
Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi “orang putih”, apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau.
Dalam apa yang sedang berlaku sekarang ini, bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua sesuka hati.
Melayu sekarang sedang bangun bertanya dan menyanggah segala kenyataan Presiden UMNO. Bak kata seorang ahli UMNO di Langkawi, mereka sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang telah “mengencing” bukan sahaja tiga juta ahli UMNO, malah semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan parti.
Jelas sekali orang yang membangsatkan Melayu, yang pentingkan kesetiaan lebih daripada kebenaran, yang mementingkan jawatan lebih daripada bangsa sampai mengaku “darah pahlawan Bugis” tapi kecut masuk bangunan parti sendiri berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan adalah seorang pemimpin yang telah hilang mandat bukan sahaja dari rakyat, tapi lebih lagi bangsa Melayu sejagat.
Kalau raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Perdana Menteri kita bukanlah raja, tapi seorang ketua parti politik Melayu yang telah mengabaikan tanggungjawab beliau untuk kepentingan dirinya sendiri.
Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun dah bersuara.
Kalau setakat nak tebalkan muka sampai setebal badak sumbu Sumatera pun dah tak guna sebab dah pupus.
Kalau setakat nak alihkan perhatian kita dengan kelahiran anak panda, nak mengangkat keadaan dengan mencampak BR1M, nak kata duit Pak Arab yang berbilion jadi pelabur 1MDB pun tak guna dah sekarang ini.
Langkawi sudah bersuara. Pontian sudah bersuara. Ini Shah Alam sendiri pun sudah bersuara.
Hentikan perbuatan membangsatkan Melayu yang kamu lakukan semata-mata kerana gila kuasa nak kekal pegang jawatan perdana menteri.

On This Day

Check out History's Best in Show

Benjamin Miller


Wednesday, March 25, 2015

Setiu Wetland Taman Negeri Pertama Di Terengganu

AUTHOR:  26 MARCH 2015 11:29 AM

setiu-2
Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetland akan dijadikan sebagai Taman Negeri pertama di Terengganu tahun ini.
Pengarah Perhutanan Terengganu, Azmi Nordin berkata pihaknya bersama kerajaan negeri dan pelbagai jabatan termasuk World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia) kini giat menjalankan pelbagai program kesedaran menjadikan rancangan itu satu realiti.
“Sekarang ini, kita bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Yayasan Diraja Sultan Mizan sejak dua tahun lalu sedang mempergiatkan program kesedaran memberi pendidikan kepada masyarakat setempat bagi memelihara dan memulihara kawasan tanah bencah ini yang kaya dengan pelbagai ekologi,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media sempena Program Larian Tanah Bencah Setiu dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok 2015 di Tanah Bencah Setiu, semalam.
IMG_007
Hadir sama Pengurus Kanan Program Air Tawar WWF-Malaysia, Daria Matthew.
Azmi berkata pihaknya bersama WWF kini menjalankan penanaman pokok rhu sebagai penahan ombak untuk mengelakkan kawasan berkenaan terhakis.
Sementara itu, Matthew berkata Tanah Bencah Setiu merupakan kawasan tanah bencah semulajadi yang terluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
“Ia memiliki kepelbagaian ekosistem merangkumi air tawar, air payau, laut dan laguna yang mengunjur lebih kurang 14 kilometer pasir pantai.
“Populasi tuntung laut yang sangat terancam dan tuntung sungai juga terdapat di kawasan ini.
“Berdasarkan kajian, sebanyak 29 jenis mamalia, 112 spesies burung dan 28 jenis reptilia ada di tanah bencah ini.
“Hutan gelam yang sukar didapati di seluruh negara juga terdapat di sini,” katanya.

Sunday, March 22, 2015

Pembohongan berterusan boleh cetus anarki politik

Oleh M Periasamy  AHAD, 22 MAC 2015 @ 7:58 AM
Kita dihujani istilah 'konspirasi politik' dan 'tahanan politik' sejak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan serta dihukum penjara lima tahun. Anwar menimbulkan tanggapan bahawa beliau adalah tahanan politik atas komplot kerajaan.
Mereka yang termakan dengan dakwaan ini menyertai demonstrasi mendesak kerajaan membebaskan beliau. Ini disusuli tindakan anaknya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bahawa Anwar adalah tahanan politik.
Sebelum istilah tahanan politik ditimbulkan, Anwar dan penyokongnya sering mendakwa bahawa Anwar adalah mangsa 'konspirasi politik' kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah, ada pihak melancarkan kempen di media sosial untuk memungut 100,000 tandatangan agar satu petisyen disediakan bagi memohon Amerika Syarikat (AS) 'campur tangan dan mendesak kerajaan Malaysia membebaskan Anwar' sebagai satu dasar luar utama AS.
Bukan 'tahanan politik'
Persoalan kepada mereka ialah rasionalnya mengundang AS campur tangan dalam urusan hal ehwal Malaysia selaku negara berdaulat. Kerajaan Malaysia pernah menahan individu tanpa mengira kecenderungan atau fahaman politik di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang telah dimansuhkan. Lebih 100 pemimpin politik, badan pendidikan dan sosial termasuk pemimpin pembangkang atau kerajaan, ditahan sejak tahun 1960. Namun, mereka bukan 'tahanan politik' kerana tidak atas motif politik pemerintah seperti berlaku di negara luar.
Sebagai contoh, Mahatma Gandhi menjadi tahanan politik kerana British menuduh beliau membangkitkan semangat anti penjajah dalam kalangan rakyat India. Pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) Myanmar, Aung San Suu Kyi, menjadi tahanan politik lebih 20 tahun (1990-2010) kerana membangkitkan semangat rakyat Burma bangkit mengganti kerajaan tentera atas nama demokrasi. Nelson Mandela dibicarakan dan dihukum penjara seumur hidup atas tuduhan melancarkan serangan bersenjata terhadap pemerintah kulit putih Afrika Selatan, juga kerana membangkitkan semangat rakyat kulit hitam menentang kerajaan minoriti kulit putih.
Ia tidak begitu di Malaysia. Umumnya, tahanan politik tidak dibawa ke mahkamah untuk menghadapi perbicaraan terbuka atau tidak diberi peluang membela diri tetapi Anwar diberi peluang menghadapi pembicaraan di mahkamah secara terbuka dan bebas berhujah mempertahankan diri bagi membuktikan beliau tidak bersalah. Anwar diberi masa yang cukup panjang, hampir enam tahun, untuk mempertahankan diri daripada tuduhan meliwat. Anwar juga menggunakan peguam bela yang pakar dalam perundangan seperti mendiang Karpal Singh dan kemudian Gopal Sri Ram. Ini menunjukkan hukuman penjara Anwar adalah atas sabitan kesalahan jenayah yang dibuktikan.
Dakwa konspirasi politik
Apa pula dimaksudkan dengan konspirasi politik? Konspirasi politik adalah ditakrifkan sebagai plot yang dirancang satu kumpulan atau pakatan sulit antara individu atau kumpulan berkepentingan bersama untuk merampas kuasa, menjatuhkan orang yang berkuasa atau menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak sah.
Anwar mendakwa sabitan kesalahan meliwat pembantunya sebagai konspirasi politik dan menjadi mangsa rancangan sulit pemerintah yang bersekongkol dengan institusi kehakiman. Namun, institusi kehakiman Malaysia bertindak secara bebas, adil dan terbuka tanpa sebarang pengaruh luar atau mana-mana badan kerajaan lain seperti badan eksekutif (pemimpin kerajaan) atau legislatif (parlimen).
Sejarah badan kehakiman Malaysia menunjukkan mahkamah pernah memihak kepada pemimpin dan parti pembangkang berdasarkan fakta dan bukti yang dikemukakan. Menteri kabinet, menteri besar, menteri, ketua jabatan, pegawai kerajaan berpangkat tinggi, malah pemimpin politik parti pemerintah juga pernah ditahan, dibicara dan dihukum penjara setimpal dengan kesalahan yang disabitkan.
Jadi, ini jelas menunjukkan mahkamah buat keputusan secara bebas dan adil berdasarkan fakta dan bukti tanpa mengira kefahaman dan kecenderungan politik. Jelas, unsur konspirasi politik tidak timbul. Dakwaan Anwar adalah tahanan politik akibat satu konspirasi politik membayangkan teori Big Lie yang diutarakan oleh Goebbels, pakar propaganda Adolf Hitler pada era Perang Dunia Kedua. Menurut teori 'Big Lie', rakyat akan percaya satu pembohongan sekiranya ia dilakukan secara berulang kali.
Rakyat perlu sedar bahawa negara kita akan dilanda anarki politik tidak berkesudahan sekiranya percaya kepada pembohongan sebagai kebenaran kerana diulangi berulang kali. Teknik itu digunakan sebelum ini kerana terbukti boleh mempengaruhi pemikiran walaupun tidak benar.
Penulis ialah Panel Pemikir JASA

Friday, March 20, 2015

Najib can leave the Ku Li way or the Mahathir way

Raub MP, Ariff Sabri says Ku Li's speech was an offer for the PM to leave without being hurt by Mahathir.  
 | March 20, 2015 | March 20, 2015
razaleigh najib mahathir2PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak is finished, but he has the choice of leaving on his own terms or in disgrace, according to Raub MP Ariff Sabri.
“Najib can leave the Ku Li way or the Mahathir way,” Ariff says in a blog posting that interprets Tengku Razaleigh Hamzah’s recent speech in Parliament as being aimed at “enticing the tiger to leave its mountain lair”.
“Understand the purpose of the speech,” he says. “It’s the same as Mahathir asking Najib to leave, but done in a more subtle way.”
He says if Najib leaves office the “Ku Li way”, he does so on his terms, whereas if leaves on Mahathir’s terms, he will be “utterly disgraced”.
He claims that the Mahathir faction is ready to deliver the final blow.
“Mahathir doesn’t need 154 division heads; he only needs about 30 powerful Umno leaders to deliver the final blow.
“Mahathir accepts that Najib has the power to patronize and buy out some Umno leaders and keep them on his side. But Najib can’t buy out everyone. Those not buyable, who simply hate Najib knowing the mess he and his wife have created, are sufficient for Mahathir to carry out the political assassination. They will simply present Najib with some irrefutable proof of Najib’s darkest secrets.”
Ariff discloses, without giving much detail, that “Najib sent some people to ask Ku Li not to savage him” before the Gua Musang MP delivered his speech. “Ku Li responded by telling the messenger to listen to the speech first,” he says.
He also discloses that Tengku Razaleigh chose not to read the final paragraph of the original speech, which would effectively have been a declaration that he was leaving Umno.
“Indeed, if one reads the speech as a whole,” he says, “it’s a challenge for Umno to sack Ku Li. Here is someone from Umno disagreeing on all Umno’s agenda, including objecting to the PM serving as Finance Minister. The speech challenges the Umno MPs in particular to give qualified loyalty to the party and leader. It’s a call for mutiny.”
He says Tengku Razaleigh was also sending out a message that he could be a “reasonable and personable ally” to Najib against the Mahathir forces and that if he has to leave office, he could at least deny victory to Mahathir.
“If Mahathir’s faction wins,” Ariff says, “Najib and Rosmah and the army of hangers on are finished. They will be shown no mercy.
“Whether Najib likes it or not, he has to leave, resign or retire. He can be expected to do that within a few months after the wedding of his daughter.
“Ku Li’s measured and controlled speech sends a signal to Najib that he has an honourable way to leave while denying victory to Mahathir and his faction. If he fails to understand the message in Tengku Razaleigh’s speech, he will be kicked out of office in disgrace. He will just be shown the most damaging of evidence concerning several things.”
Ariff says Najib will volunteer to resign when Mahathir’s faction presents him with these pieces of evidence and threatens to expose them to the public.
“Najib now has two choices. He can leave via the soft and refined approach which Tengku Razaleigh offers. Or he can submit to the language of force that only a stubborn and incompetent person like him understands.
“Najib’s legion of boorish hangers-on and apple polishers must quickly persuade him to negotiate with Tengku Razaleigh. Otherwise Najib’s exit will be very hurtful.
“Tengku Razaleigh will emerge as the king maker. Spurn him, Razaleigh will migrate to the Mahathir faction. Mahathir, on his part, has no choice but to finally acknowledge that Razaleigh is the man.”