Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu
A Kadir Jasin
A Kadir Jasin
MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.
Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka.
Sentimen ini diulang sebut oleh bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di wacana ilmu anjuran bersama Mubarak, Yayasan Perikatan dan Arkib Negara di ibu negara semalam.
Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu.
-Melayu adalah tuan rumah.
-Melayu menentang Malayan Union.
-Melayu menuntut kemerdekaan dan
-Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.
-Melayu adalah tuan rumah.
-Melayu menentang Malayan Union.
-Melayu menuntut kemerdekaan dan
-Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.
Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Tuan Rumah Terpaksa Berkongsi Rumah
Bagi orang Melayu, mereka adalah “tuan rumah” di Tanah Melayu danmereka terpaksa berkongsi rumah itu dengan orang Cina dan India.
Jadi adakah Dr Mahathir rasis dan sesiapa yang sependapat dengan beliau rasis apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa yang menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?
No comments:
Post a Comment