Hostgator

Hostgator
Click on the image for more info

Friday, December 26, 2014

Mahathir gripes about economy, offers no solutions! Joe Fernandez | December 26, 2014


Former Prime Minister stops short of blaming Putrajaya but knocks attempts to maintain confidence.
KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad points out in his latest blog posting that the unprecedented fall in oil price and other products for export must be met with revisions in everyone’s budget but doesn’t say how.
“However, incoming travelers may increase if proper marketing is done.”
The corporations and the Government need to study closely the effect on earnings and cost of doing business, he added. “The economy of the world is in a state of turmoil.”
He was referring to the fact that the oil price tumbled from USD 110/- to less than USD 60/-, while the palm oil price, rubber price, share prices and the exchange rate of the ringgit have all taken a beating, a severe beating.
He notes that all these things “involve Malaysia and Malaysians, our commodities and our money. But we are assured and reassured that we would not be affected. We will continue to grow at the projected rate.”
Simply assuming that we are immune to the massive and widespread decline in the prices of almost all the raw materials and goods we produce for consumption and export does not reflect the depth of our understanding of the problems we face, he warned.
“We are a trading nation and changes affecting the world market must affect us one way or another.”
Overall, he continued, the worst effect will be felt by those who had borrowed in USD or have to pay for purchases made in USD. “For the general public there must be a lowering of the purchasing power of their incomes when acquiring imported goods or when abroad.”
“Those involved in the oil and gas industries will suffer. They had invested at the time when oil prices were high, hoping to repay loans from the proceeds of the sale of products. With low product price they will need to sell more in a weak market to acquire funds to repay loans.”
It’s a double whammy, he concedes.
The depreciation of the ringgit will affect the repayments of loans taken in USD.
On the other hand, imported raw materials and components would cost more, neutralizing the gain from the cost of production. “There may be a demand for wage increases and revision of rates as the ringgit devalues. Inflation will be the result,” he said.
“The important thing is to know how much is the gain as against the losses.”
He thinks that it would not be too far wrong to assume that any gain from lower oil price will be negated by lowered earnings from Petronas oil and gas. “It is the same with gains in other sectors, as they will always be accompanied by losses.”
“They cannot be lulled by the gains from lower cost of oil alone. Loss of income and higher costs of imports must be taken into account.”
He points out that Malaysia is a small producer of oil, said to be 650,000 barrels a day. “We are also a great consumer of oil since our use of motor vehicles is the highest in ASEAN in terms of per capita ownership,” he said.

Tuesday, December 23, 2014

Mengapa hukum Inggeris boleh, hukum Islam tak boleh? (Bahagian II) Wong Chin Huat Published: 24 December 2014


Wong Chin Huat

Wong Chin Huat earned his PhD from University of Essex with a thesis on electoral system and party system in the peninsula. A fellow at the Penang Institute, he and his colleagues try to answer "the 1946 question" of nation-building and multiculturalism: can we be different and equal?

PAS harus membentangkan kajian yang menunjukkan kelebihan hukum jenayah syariah di Aceh dan negeri-negeri bersyariah di Nigeria serta menuntut penggubalan Perlembagaan baru, bukan tergesa-gesa ingin mencari jalan singkat dengan majoriti mudah di bawah Perkara 76A.
Mungkinkah bukan Muslim boleh dikecualikan?
Sesetengah pendukung hukum jenayah syariah kelihatan kurang keyakinan dengan kesejagatan hukum ini.
Tetapi mungkinkah bukan Muslim benar-benar boleh dikecualikan daripada perlaksanan hukum jenayah syariah?
Kalau hukum ini diguna pakai mengikut agama si penjenayah, maka kalau seorang Muslim mencuri barang saya sebagai seorang bukan Muslim, kes itu akan diadili ke mahkamah syariah. Tidak berlaku pengecualian kerana saya bukan Muslim. Saya tidak ada pilihan untuk kes saya tidak dibicarakan di mahkamah syariah.
Dari segi ini, label “hudud” yang digunakan sebenarnya mengelirukan. Hukuman hudud (potong tangan) untuk mencuri cuma diguna pakai jika barang yang dicuri itu bernilai lebih daripada nisab.
“Nisab” ditakrifkan di Kelantan sebagai nilai 4.45 gram emas, atau lebih kurang bernilai RM590 mengikut harga emas hari ini. Hanya mereka yang mencuri RM590 ke atas itu dan tidak memenuhi syarat pengecualian itu akan dipotong tangan.
Hukuman mencuri di bawah RM 590, langsung bergantung kepada budi bicara mahkamah.
Akan tetapi, Seksyen 39 Rang Undang-undang (RUU) Kelantan itu mensyaratkan keterangan lisan atau ikrar sebagai bukti kesalahan.
Seksyen 40 dan 41 pula menetapkan untuk membuktikan kesalahan pencurian, perlu ada sekurang-kurangnya dua orang saksi yang “terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil” mengikut definisi Islam.
Kalau pemahaman saya betul, ini bermakna saya sendiri sebagai mangsa tidak layak menjadi saksi! Dan kalau pencurian itu dirakamkan dalam kamera CCTV, maka rakaman itu tidak diterima sebagai bukti juga. Apakah jaminan saya mendapat keadilan?
Dan RUU Kelantan itu merangkumi pembunuhan di bawah kategori kesalahan Qisos, sama ada yang sengaja (qatl-al-'amd) atau tidak (qatl-al-khata').
Apakah, ini bermaksud, jika saya dibunuh, saudara saya yang tersaksi pembunuhan saya itu juga tidak layak menjadi saksi, kerana dia bukan Islam? Dan rakaman CCTV atau tinggalan DNA pembunuh  pada senjata yang membunuh saya semua tidak diterima sebagai bukti?
Apakah kelebihan RUU ini daripada Kanun Acara Jenayah (CPC) dan Kanun Seksa (PC) di Mahkamah “Common Law” bagi saya sebagai seorang mangsa jenayah? Saya memohon pencerahan.
Dakwaan hak orang bukan Muslim itu tidak akan terganggu oleh perlaksanaan hukum jenayah syariah itu hanya mungkin benar kalaulah semua penjenayah Muslim bersumpah tidak akan mencari mangsa bukan Muslim. Tetapi apakah ini mungkin dalam realiti?
Isu dalam pelaksanaan hukum jenayah syariah ini bukanlah pasal penggantian hukuman “common law” seperti hukuman penjara, denda dan sebat itu diganti dengan hukuman hudud dalam contoh kes pencurian ini, tetapi ia turut melibatkan seluruh sistem prosidur keterangan yang berlainan. Sebab itu, label “hukum hudud” yang menekankan jenis hukuman itu mengelirukan.
Maka, kecuali penjenayah Muslim dikecualikan daripada hukuman jenayah Syariah jika mangsanya bukan Muslim, tuntutan bukan Muslim jangan mengambil tahu itu menampakkan kekurangan samada dalam pengetahuan atau kejujuran.
Tiga seruan kepada PAS
Kita mesti terima hakikat sistem kehakiman jenayah itu bagaikan sistem memandu ala kiri atau kanan. Dalam sesebuah negara, boleh ada dua sistem yang lain untuk wilayah yang lain.
Contohnya Indonesia, Nigeria, Keamiran Arab Bersatu (UAE) dan Iraq masing-masing melaksanakan hukum jenayah syariah di sebahagian wilayah dan undang-undang jenayah sekular di wilayah yang lain.
Akan tetapi dalam wilayah yang sama, seperti yang dibuktikan oleh contoh hipotetikal di atas, sistem kehakiman jenayah itu tidak dapat dipisahkan perlaksanaannya mengikut agama.
Maka, keputusan akhirnya ialah hukum jenayah syariah untuk dikenakan ke atas semua di Kelantan ataupun tidak dilaksanakan.
Maka, semua pihak mesti dijemput berbincang sebelum perlaksanaan hukum jenayah syariah. PAS tidak boleh memusuhi pihak yang menolak cadangan ini, sama ada yang Muslim atau bukan Muslim.
Adalah hak semua rakyat Malaysia untuk bertanya, sebagai contoh, sama ada hukuman potongan tangan untuk pencuri barangan bernilai RM590 itu adalah cara terbaik mencapai maqosid (tujuan pokok) hukum syariah iaitu keadilan. Agama tidak harus menjadi halangan kita untuk mengambil berat sesama rakyat Malaysia.
Terutamanya jika bukan Muslim yang tidak setuju dengan agenda PAS terus dikecam sebagai anti-Islam. Ini mungkin menimbulkan persoalan sama ada slogan “PAS untuk semua” itu masih menjadi pedoman parti, ataupun sama ada sesetengah pemimpin PAS sebenarnya menganggap bukan Muslim sebagai “dzimmi” (golongan minoriti yang merupakan warga kelas kedua).
Dengan ini, saya ingin membuat tiga seruan kepada kerajaan PAS Kelantan.
Pertama, kerajaan PAS Kelantan harus menyebarkan secara meluasnya rang undang-undang 1993 itu di alam maya dan melalui “road-show” di dalam dan luar Kelantan supaya semua faham dengan tepatnya bagaimana perlaksanaannya jika berkuatkuasa.
Dari segi ini, kerajaan PAS Kelantan boleh mengikut teladan kerajaan Brunei yang menyediakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013nya sebagai aplikasi telefon pintar dalam Android Play Store antara yang lain.
Sebagai contoh, kalau pemahaman saya terhadap RUU itu salah, maka seharusnya saya dengan senangnya boleh cari sumber-sumber rujukan yang membetulkan pemahaman saja. Dalam kata lain, debat antara penyokong dan penolak RUU seharusnya berlaku secara ilmiah dan rasional dengan beralatkan teknologi informasi dan komunikasi yang moden.
Proses pengemaskinian RUU Syariah itu dan penyediaan RUU Ahli Parlimen Biasa (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat untuk tujuan ini haruslah dijalankan dengan telus, mempunyai akauntabiliti dan menggalakkan penyertaan orang ramai. Ini akan mengelakkan salah faham dan mendapat maklum balas daripada semua pihak.
Kedua, kerajaan PAS Kelantan seharusnya melantik sarjana-sarjana untuk membuat kajian perbandingan merentas-negara (cross-national) tentang pelaksanaan hukum jenayah syariah di 14 buah negara (daripada 57 ahli OIC) yang melaksanakannya, terutamanya Aceh dan negeri-negeri berhukum jenayah syariah di Nigeria.
Kerajaan PAS Kelantan harus menyakinkan seluruh rakyat Malaysia – bukan sahaja rakyat Kelantan ataupun penyokong PAS – bagaimana perlaksanaan hukum jenayah syariah di wilayah-wilayah ini membawa keadilan, kemajuan dan keamanan yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah-wilayah lain di Indonesia dan Nigeria.
Kalau kelebihan hukum jenayah syariah dapat disokong dengan bukti yang kukuh, siapa akan menolak atau mempersoalkan lagi RUU Kelantan itu?
Kalau Aceh dan negeri-negeri syariah Nigeria itu ada kekurangan mereka, maka PAS Kelantan boleh mengemukakan cadangan sendiri untuk penambahbaikkannya.
Ketiga, kerajaan PAS Kelantan harus menuntut kerajaan persekutuan membuka pintu untuk perbincangan Perlembagaan Persekutuan yang baru supaya pengaturan federalism kita boleh dilonggarkan.
Desentralisasi sememangnya dituntut oleh banyak negeri terutamanya Sabah dan Sarawak dan Kelantan harus mengikhtiar mendapatkan sokongan mereka dengan agenda bersama dalam desentralisasi.
Kajilah cadangan 33 tokoh sarjana Muslim
Kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas, oleh 33 orang tokoh sarjana Muslim yang diketuai Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid harus dipertimbangkan PAS Kelantan.
Kumpulan cerdekiawan ini menyatakan hasrat ingin melihat perlaksanaan hukum syariah tetapi mereka mengambil pendekatan inklusif dan ilmiah.
Mereka mencadangkan supaya sebuah “jawatan kuasa tinggi” yang merangkumi pakar-pakar Melayu dan bukan Melayu dalam bidang Perlembagaan, undang-undnag Islam dan bidang lain yang berkenaan ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana perlembagaan boleh dirombak untuk memenuhi keinginan Muslim dan juga mengukuhkan hak minoriti.
Mengapa kerajaan PAS Kelantan mesti tergesa-gesa melaksanakan RUU Syariah 1993 itu dengan jalan singkat di bawah Perkara 76A yang memperluaskan kuasa perundangan negeri tanpa majoriti dua pertiga, sehingga tertimbulnya kemusykilan, kerisauan, kepahitan dan ketakutan terhadap PAS?
Mestikah PAS Kelantan mengejar masa sampai tertimbul pertanyaan sama ada PAS Kelantan diperalatkan oleh Putrajaya untuk menyelamatkan dirinya daripada skandal 1MDB dan gelombang GST yang akan datang, ataupun ini kerana perhitungan untuk Muktamar PAS 2015?
Mengapa tidak PAS Kelantan mengambil langkah mampan, inklusif dan ilmiah supaya agenda Islamisasinya akan lebih diterima dan bukan ditolak dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama? – 24 Disember, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/wong-chin-huat/article/mengapa-hukum-inggeris-boleh-hukum-islam-tak-boleh-bahagian-ii#sthash.4r34LWxE.dpuf

Monday, December 22, 2014

Cari siapa perosak MAS FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN 22 Disember 2014


SEBAGAI individu yang dipertanggungjawabkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein untuk membuka syarikat penerbangan negara bernama Malaysia Airlines (MAS), tiada apa yang lebih mengecewakan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman apabila melihat syarikat yang dahulunya gah terbang di udara kini hampir menyembah bumi.

Bekas Pengarah Urusan MAS itu tidak sanggup melihat syarikat yang dijaganya selama 20 tahun kini kerugian hampir RM7 juta setiap hari, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan semasa beliau dan pasukannya membuka MAS pada 1972 sehinggalah beliau bersara daripada syarikat itu pada 1992.

Beliau menegaskan, terlalu banyak masalah dihadapi MAS selama ini dan pihak bertanggungjawab tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“MAS sejak 20 tahun lepas telah rugi banyak dan sekarang ini ada liabiliti lebih kurang RM12 bilion dan kerugian tiap-tiap hari RM7 juta.

"Banyak harta terutama bangunan termasuk ibu pejabat di Kuala Lumpur telah dijual dan merata pejabat (MAS) di dunia telah dijual.

“Kerajaan melalui duit pembayar cukai telah rugi berbilion ringgit. Ramai rakyat rugi berbilion ringgit sebab saham yang dibeli mula-mula pada 1985 bernilai RM11.50, sekarang terpaksa jual 27 sen.

"Kini, kakitangan pula akan dipecat seramai 6,000. Oleh sebab ini semua, adalah perlu bagi kerajaan menubuhkan suruhanjaya menyiasat punca semua ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, suruhanjaya itu juga boleh mengesyorkan cara MAS perlu diurus pada masa akan datang sebagai syarikat kebangsaan.

Ternyata jiwanya masih teguh bersama MAS apabila Abdul Aziz kini menjadi Pengerusi Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, iaitu syarikat yang mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan ia sedia mengambil alih beberapa aset MAS untuk membantu menyelamatkan syarikat itu.

Ikuti temu bual eksklusif beliau bersama Sinar Harian bagi mengupas lebih lanjut pendapat tokoh perniagaan dan undang-undang ini mengenai pelan pemulihan semula MAS yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd, cadangan Jentayu Danaraksa untuk membantu MAS serta harapan Tun Abdul Razak untuk melihat MAS sentiasa membawa nama negara di seluruh dunia.

Boleh Tan Sri kongsi sedikit latar belakang Jentayu Danaraksa?

 Syarikat ini ditubuhkan untuk ambil alih (aset MAS), buat sementara waktu ini. Tujuan kita nak ambil bahagian dalam perniagaan penerbangan. Jadi ini (penstrukturan semula MAS) satu peluang bagi kita untuk buat cadangan untuk memulihkan MAS. Saya sendiri terlibat dalam MAS sudah lama.

Adakah Tan Sri rasa pelan pemulihan MAS oleh Khazanah tak memuaskan?

 Ada perkara dalam pelan (12-poin) Khazanah yang saya musykil. Saya tanya mereka pun, jawapan yang saya dapat tidak memuaskan. Yang pertama, saya tak puas hati kerana (mereka) nak buang kakitangan seramai 6,000 orang. Ramai pekerja yang kenal saya dulu, yang kerja di bawah saya dulu, datang jumpa saya mengadu.

Saya pun rasa simpatilah. Jadi saya tanya Khazanah, macam mana dia dapat angka MAS terlebih 6,000 orang sekarang ini? Saya soal lah, ini pengurusan apa benda? (Seolah-olah ada) 6,000 (pekerja) tiap-tiap hari tidur, dan pengurusan tak buat apa-apa.

Tapi yang sebenarnya saya tak percaya MAS lebih 6,000 pekerja. Kalau lebih 500 atau 1,000 orang mungkinlah. Sebab apa saya tak percaya, sebab kakitangan MAS ada jumpa saya, mereka sendiri pun persoal yang dikatakan lebih 6,000 orang.

Sebab kebanyakan mereka bekerja lebih masa, sesetengah daripada mereka tak nak kerja overtime sebab terlalu letih tetapi terpaksa kerja juga. Jadi kalau kakitangan lebih, kenapa kerja overtime? Itu satu.

Yang kedua, katanya, MAS masih nak pekerja, keluar iklan minta pekerja baru. Macam mana begini kalau dia (kata) lebih (pekerja)? Saya juga tanya (Khazanah) bagaimana dia dapat angka (hanya perlukan) 14,000 pekerja itu.

Pada permulaan perjumpaan saya dengan wakil Khazanah, dia kata mereka buat perbandingan dengan syarikat lain, maknanya jumlah kapal terbang lebih kurang sama (dengan MAS), syarikat itu (ada) lebih kurang 14,000 pekerja, terutama Singapore Airlines. Itu satu perbandingan yang salah, kita tak boleh banding begitu. Orang Inggeris kata it’s not apples to apples.

Kenapa tidak boleh bandingkan begitu, Tan Sri?

Sebabnya, Singapore Airlines yang ada 14,000 orang itu, untuk operasi penerbangan sahaja, tak termasuk pekerja kejuruteraan, perkhidmatan lapangan terbang, katering, kargo. Kalau masuk semua, Singapore Airlines ada 23,000 pekerja, saya dah semak.

Satu lagi, kita tak boleh banding dengan Singapore Airlines (kerana) operasi dia laluan yang jauh, pesawat badan lebar, 10 hingga 15 jam dia pergi tak balik. Kita sini (MAS) dua pertiga laluan ialah laluan singkat, domestik dan serantau.

Jadi jumlah kakitangan (perlu) lebih ramai sebab lebih banyak take-off, perlepasan, ketibaan, landing. Ada beza di situ. Jadi perbandingan ini adalah satu kesilapan besar. Jadi macam mana saya nak percaya.

Dia nak buat satu syarikat penerbangan baru nak guna 14,000 kakitangan sahaja. Boleh lah jika dia ada laluan yang setanding dengan syarikat lain. Persaingan hebat sekarang ini.

Dan kemudian dia nak mulakan syarikat baru ini dalam Julai tahun depan. (Pada) hujung 2015 atau awal 2016, sudah ada (polisi) langit terbuka Asean. Bolehkah guna 14,000 orang untuk (bersaing di) langit terbuka? Ini yang saya tak percaya bahawa pelan dia itu boleh berjalan baik.

Boleh Tan Sri jelaskan lebih terperinci mengenai dasar langit terbuka Asean dan kesannya?

(Dasar) langit terbuka ini maknanya semua syarikat penerbangan dalam Asean boleh beroperasi di negara sendiri dan mana-mana negara lain dalam Asean. Kita pun boleh buat, kita pergi Singapura-Jakarta, atau Singapura-Bandung, Singapura-Filipina.

Sekarang tak boleh, kena ada perjanjian dua hala. Syarikat lain akan buat begitu di Malaysia, persaingan akan menjadi lebih hebat. Adakah kita tidak akan menyahut cabaran ini?

Kalau nak sahut, mesti kena ada kapal terbang lebih, pekerja lebih. Bukan sekadar 14,000 orang. Ini terlalu awal dia tetapkan (perlukan) pekerja 14,000 (sahaja). Padahal pelan perniagaan dia tiada lagi. Laluan semua tak sebut. Ini yang jadi masalah.

Kalau (Khazanah) boleh jawab semua ini, tak apa lah. Saya (bercakap) sebagai seorang warganegara dan ramai orang yang berharap pada saya untuk beri penjelasan tentang perkara ini sebab mereka tahu saya 20 tahun lebih dalam MAS.

Selain pembuangan pekerja, apa lagi keputusan Khazanah yang Tan Sri rasa tak perlu dibuat?

Saya rasa nak ambil orang luar (Christoph  R Mueller dari syarikat penerbangan nasional Ireland) jadi ketua pegawai eksekutif. Itu tak perlu. Kita nak bawa dia untuk menguruskan syarikat baru. Apabila dia datang, dia urus syarikat baru, syarikat lama tak ada lagi.

Syarikat baru, bukan nak memulihkan. Syarikat baru (operasi) baru, pulih apa lagi. Kapal terbang sudah ada, ambil dari sini (MAS) angkat pergi sana (MAS NewCo), pekerja sudah ada. Laluan sudah ada lama. Pasal apa nak ambil orang luar, nak memulih apa.

Itu satu, yang keduanya, orang asing ini dia tak tahu budaya negara kita. Dia tak tahu polisi kerajaan. MAS ini syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Orang yang tadbir GLC mesti tahu dasar kerajaan dalam mengambil pekerja, memberi kontrak. Dia tak tahu ini semua. Nak faham ini semua (ambil masa yang) lama.

Tetapi beliau dikatakan berjaya memulihkan syarikat penerbangan lain dalam masa singkat.

Itu tak apa lah, boleh jadi dia bagus, tapi kita bukan nak bagus sahaja, dia ada roh ke tidak, spirit dia. Kita ini syarikat nasional, bukan sektor swasta punya. Adakah dia ada roh nak kembangkan syarikat ini supaya jadi syarikat besar, boleh bersaing di seluruh dunia?

Apa rancangan Jentayu Danaraksa untuk MAS?

Mula-mula kita buat cadangan, kita nak ambil alih (anak syarikat MAS) Firefly, (cabang) kejuruteraan MAS dan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB). Lepas saya jumpa wakil Khazanah, nampaknya mereka tak setuju cadangan ambil alih Firefely, (untuk) kejuruteraan pun nampaknya dia tak setuju.

Untuk rancangan ambil alih PMB dan beli kapal terbang MAS, itu dia tak kata tak setuju tapi dia pertikaikan macam mana kita nak buat semua ini. Mereka tahu saya tak ada duit (ketawa). Tapi kita ada rakan kongsi strategik di beberapa tempat di dunia.

Dari segi kewangan tak ada masalah, pembiaya banyak. Mereka setuju ambil alih kapal terbang ini dan kita kendalikan PMB, kemudian kita beli semua kapal terbang MAS, kita sewakan balik kepada MAS atas harga yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Adakah patut MAS jual pesawatnya dan kemudian sewa semula?

MAS (ada) hutang RM12 bilion sekarang. Dia boleh ambil hasil jualan (pesawat) dan bayar balik hutang, kemudian kita beri harga sewaan yang berpatutan dan rendah daripada biasa. Kita untung juga tapi sikit. Itu yang kita nak buat.

Kemudian sekarang ini kerana Khazanah tak mahu (jual Firefly dan cabang kejuruteraan), kita hanya tumpu (cadangan) beli kapal terbang MAS dan beli PMB.

Berapa jumlah kapal terbang dimiliki MAS dan nilainya?

Jumlah pesawat MAS lebih kurang 82 unit. Kita dah kira, lebih kurang RM8 bilion kita kena bayar (untuk beli semua pesawat). Jadi MAS boleh guna hasil itu untuk bayar hutang dan tak adalah (perlu) belanja duit kerajaan banyak sangat, RM6 bilion kan kerajaan nak belanja sekarang ini?

(Jika MAS jual pesawat) tak banyaklah (kerajaan perlu beri duit) RM1 bilion hingga RM2 bilion sudah cukup. Itu kita punya perkiraan. Kalau dia tak setuju, apa boleh buat.

Jika Jentayu Danaraksa beli pesawat dan PMB, bagaimana ia boleh selamatkan 6,000 pekerja yang akan kena buang ini?

Yang pertama, saya pertikaikan kenapa perlu 14,000 pekerja sahaja. Saya rasa perlu lagi ramai. Mungkin kita kena buang 2,000 hingga 3,000 sahaja, kalau kita kira betul-betul. Syarikat baru (MAS NewCo) itu kalau dengan 14,000 pekerja sahaja nak buat laluan baru, saya ingat tak cukup.

Kalau boleh kita nak runding dengan MAS, mana-mana laluan yang dia tak buat kita boleh kaji, kalau boleh buat kita buat dan kita serap kakitangan ini. Ini perlu dikaji dan dihalusi tapi pada prinsipnya kita nak buat syarikat penerbangan juga. Tapi bukan persaingan kepada MAS, tetapi saling melengkapi laluan yang dia tak ada.

Berapa kali Tan Sri telah menemui Khazanah mengenai cadangan ini dan bagaimana maklum balas mereka?

Saya sudah jumpa dua kali. Saya nampak mereka tak berminat nak menimbang (cadangan itu) sebab mereka dah ada rancangan sendiri.

Selain Khazanah, pihak mana lagi yang Tan Sri jumpa untuk jelaskan cadangan Jentayu Danaraksa?

Kita tak ada jumpa orang lain tapi surat cadangan kita hantar kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tetapi perkara ini perkara rumit.

Ada yang pertikai Jentayu Danaraksa baru ditubuhkan beberapa bulan, sudah nak ambil alih MAS.

Kita tubuh (syarikat) memang sebab nak ambil alih MAS. Kalau meniaga 100 tahun pun kalau tak ada duit tak boleh buat juga. Kita ada duit, ada kepakaran.

(Pekerja) MAS yang baru bersara, semua datang jumpa saya, tawarkan pertolongan, bagi idea dan mahu kerja semula pasal mereka bimbang mengenai MAS nak buang pekerja dan takut MAS lenyap, tak mampu nak bersaing dengan syarikat lain yang bertambah besar.

Syarikat lain bertambah besar, kita nak jadi kecil lagi. Mereka bimbang itulah. Ini syarikat kebangsaan. Duit orang ramai dah berbilion dibelanja untuk MAS.

Siapa di belakang Jentayu Danaraksa dan apa kepakaran mereka?

Kebanyakannya orang (dalam bidang) kewangan, setengah ada latar belakang penerbangan dan kejuruteraan. Pelabur saya tak boleh beritahulah. Kalau kita berunding nanti (dengan Khazanah), bolehlah beritahu.

Bagi Tan Sri sendiri, apa masalah sebenar MAS sampai boleh rugi teruk?

Yang pertama, kena tahu perniagaan (penerbangan) ini, laluan yang dibuat itu, kena tahu. Kena tahu pasaran, apa pasaran kita masuk dan cara macam mana kita nak masuk. Kedua, kita kena tahu dari segi teknikal, jenis kapal terbang, kos penyelenggaraan.

Orang pengurusan kena tahu ini semua, kalau tidak dia tak boleh cari jalan. Ketiga, kena ada integriti, mesti tidak ada penyelewengan di seluruh atas bawah syarikat itu. Kalau tak ada ini semua, tak boleh nak jalan. Jalan pun mesti rugi punya. Saya rasa MAS ada masalah ini semua.

Orang selalu kata kesatuan pekerja MAS yang jadi penyebab syarikat itu rugi, Tan Sri setuju?

Mereka kata pengurusan tak boleh buat apa-apa, kesatuan pekerja sekat. Itu mengarutlah. Bukan kesatuan pekerja yang (urus syarikat). Kesatuan pekerja bukan kebal, mereka tidak boleh buat apa kalau pengurusan tak setuju (apa-apa tuntutan).

Kalau mereka degil, buat piket sana sini, kita kena tahu macam mana nak kendalikan mengikut undang-undang. Kalau tak tahu kawal kesatuan pekerja, maknanya pengurusan tak cekaplah.

Suruhanjaya yang Tan Sri cadangkan itu, kalau dapat tahu siapa yang salah...

 Suruhanjaya perlu buat pengesyoran supaya ambil tindakan terhadap individu atau pihak tersebut. Kalau tak ambil tindakan, apa yang berlaku sebelum ini habis semua sekali. Siapa yang kena hukum, kakitangan yang kena hukum, kena buang kerja. Ini tak adillah.

Sebagai orang yang bina MAS dari bawah, apa perasaan Tan Sri apabila lihat MAS sedang berdepan banyak masalah?

Saya rasa cukup sedih tengok begini. Seolah-olah syarikat ini sudah bankrap dan ditutup. Dulu menjadi harapan kerajaan, harapan (perdana menteri kedua), arwah Tun (Abdul) Razak (Hussein) dan mereka yang sekali dengan saya pada permulaan untuk jadikan syarikat penerbangan kebangsaan ini sebagai salah satu syarikat terbesar dan termasyhur dalam dunia. Itu kita punya objektif supaya kita boleh promosi pelancongan, perniagaan, perkenalkan negara kita di seluruh dunia. Kita dah berjaya.

Semasa saya bersara pada 1992, kita sudah capai semua ini. (Cabang) kejuruteraan kita besar, kita punya rangkaian (laluan), kita pergi seluruh dunia. Boleh kata seluruh dunia sudah kenal kita, sudah kenal MAS. Kita banyak dapat anugerah. Tiba-tiba jadi begini. Masa bersara dulu, saya rasa alhamdulillah, kita dah capai semua ini.

Saya harap ia akan jadi lebih besar dan lebih maju. Saya beritahu semua kakitangan semasa saya ucap selamat tinggal: “Saya serah kepada tuan-tuan sekalian, ini syarikat kita, negara kita, kita kena jaga”. Cuma dalam masa tiga empat tahun sahaja selepas itu, (MAS mula bermasalah).

Ini kita kena siasat. Bukan semua orang buat tak betul. Saya rasa kalau kita buat suruhanjaya itu, ramai orang nak tahu (apa punca masalah MAS). Tak adil juga semua salahkan pekerja dan kesatuan pekerja. Kalau saya cakap salah, beritahu saya. Kalau saya salah, saya mengaku.

Macam cabang kejuruteraan (MAS) saya nak pertikaikan. Beberapa tahun lalu saya diberitahu MAS nak batalkan (perkhidmatan) penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kepada pihak ketiga walaupun pada masa itu MAS buat untung dalam bidang itu.

MAS hanya nak buat MRO untuk (pesawat) sendiri sahaja. Pada hal masa saya (buka MAS) dulu, kita rancang khusus, latih orang dan cari pelanggan untuk adakan MRO dengan kita.

Kita dapat kelulusan Amerika Syarikat, Kanada, Australia supaya kejuruteraan kita boleh buat penyelenggaraan untuk pihak ketiga. Dan sekarang ini nak tutup terus. Kalau kita buat MRO untuk orang lain, kita boleh buat keuntungan. Kita ada kepakaran, alat semua.

Orang lain berikhtiar sedaya upaya nak dapat pelanggan. Sekarang Singapore Airlines lebih maju daripada kita (dalam MRO), dulu kita lebih maju daripada dia.

Adakah MRO ini memang boleh jana banyak keuntungan?

Ya, kita baiki kapal terbang, macam baiki kereta. Kita buka bengkel, orang datang baiki, kita kenakan caj.

Bagaimana Tan Sri jangka prestasi MAS apabila dasar langit terbuka Asean bermula tahun depan?

Kita kena bersedia untuk atasi persaingan langit terbuka. Jika tidak kita akan tenggelam. Kalau ikut keadaan sekarang ini, (MAS) tak kan mampu (bersaing). Saya nak tengok apa perancangan Khazanah untuk atasi perkara itu. Boleh jadi dia kata ini perkara sulit.

Dari segi korporat, adakah memang patut dirahsiakan rancangan perniagaan?

 Ada perkara sulit, ada tak sulit. Macam (sebuah syarikat penerbangan Malaysia) umum nak beli 100 kapal terbang. Sebagai syarikat penerbangan, kita kena beritahu juga (apa pelan) untuk pemasaran. Orang kena tahu, (apa) laluan baru kita.

Tetapi Khazanah tak sebut, mungkin dia kata ini rahsia. Laporan akhbar (baru-baru ini), Khazanah kata kita (Jentayu Danaraksa) tak hormati dari segi sulit (dalam perbincangan perniagaan). Saya ingat perkara ini sudah terbuka, tak ada lagi sulit.

Khazanah sudah keluar (pelan pemulihan) 12-poin, kita pun keluar kita punya 8-poin. Sulit apa lagi, orang ramai sudah tahu. Ini bukan tender. Kita buat cadangan, kita terbuka. Ada orang lain nak buat lebih baik, buatlah, tak ada nak sembunyi apa-apa.

Tetapi mereka mesti beritahu perkara sebenar. Kalau salah, kena mengaku. Saya tiada apa-apa kepentingan peribadi dalam hal ini, saya bukan buat ini untuk wang. Ia semata-mata kerana saya ingin hidupkan semula syarikat ini.

Saya sudah tua, umur sudah 81 tahun. Sebelum mati, saya ingin lihat syarikat penerbangan ini tumbuh semula.

Saturday, December 20, 2014

The politics of inequality - Published: 20 December 2014


Tun Dr Mahathir Mohamad does not mince his words. Not since he started in politics and definitely not now, more than a decade after stepping down as Malaysia's fourth prime minister.
But there are days where you wonder where is he coming from. Today, he said the Malays’ grip on politics was weak due to disunity and them having to beg from other races for support to remain in power.
"Now Umno, PKR, and PAS have to beg for support from DAP Chinese to win the general election. When we become beggars, we no longer have power," he said in his keynote address at a youth leadership programme in Kuala Lumpur.
"This is our fate now. We plan to achieve developed-nation status by 2020. Our nation might get there. But, because of disunity, what we planned in vision 2020 for (the Malays) may not materialise," he said, repeating his diatribe that some one million Chinese and Indians were given citizenship after Merdeka in 1957, which eventually led to the dilution of Malay power.
But this is strange, coming from the man whose The Way Forward speech in 1991 defined Malaysia's Vision 2020 for a fully developed nation.
Then, he had called for the eventual Bangsa Malaysia, and there was hardly talk of political dominance by one race or the other.
This is what Dr Mahathir said then, "By the year 2020, Malaysia can be a united nation, with a confident Malaysian society, infused by strong moral and ethical values, living in a society that is democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive and prosperous, and in full possession of an economy that is competitive, dynamic, robust and resilient."
"There can be no fully developed Malaysia until we have finally overcome the nine central strategic challenges that have confronted us from the moment of our birth as an independent nation.
"The first of these is the challenge of establishing a united Malaysian nation with a sense of common and shared destiny. This must be a nation at peace with itself, territorially, and ethnically integrated, living in harmony and full and fair partnership, made up of one 'Bangsa Malaysia' with political loyalty and dedication to the nation.
"The second is the challenge of creating a psychologically liberated, secure, and developed Malaysian Society with faith and confidence in itself, justifiably proud of what it is, of what it has accomplished, robust enough to face all manner of adversity.
"This Malaysian Society must be distinguished by the pursuit of excellence, fully aware of all its potentials, psychologically subservient to none, and respected by the peoples of other nations.
"The third challenge we have always faced is that of fostering and developing a mature democratic society practising a form of mature consensual, community-oriented Malaysian democracy that can be a model for many developing countries.
"The fourth is the challenge of establishing a fully moral and ethical society, whose citizens are strong in religions and spiritual values and imbued with the highest of ethical standards.
"The fifth challenge that we have always faced is the challenge of establishing a mature, liberal and tolerant society in which Malaysians of all colours and creeds are free to practise and profess their customs, cultures and religious belief and yet feeling that they belong to one nation.
"The sixth is the challenge of establishing a scientific and progressive society, a society that is innovative and forward-looking, one that is not only a consumer or technology but also a contributor to the scientific and technological civilization of the future.
"The seventh challenge is the challenge of establishing a fully caring society that will put others before self, in which the welfare of the people will revolve not around the state or the individual but around a strong and resilient family.
"The eighth is the challenge of ensuring an economically-just society. This is a society in which there is a fair and equitable distribution of the wealth of the nation, in which there is full partnership in economic progress. Such a society cannot be in place so long as there is the identification of race with economic function, and the identification of economic backwardness with race.
"The ninth challenge is the challenge of establishing a prosperous society, with an economy that is fully competitive, dynamic, robust and resilient," he had said, noting Malaysia has come a long way to fulfil the objectives.
But today, Dr Mahathir sings a different tune. Perhaps we were taken in then and did not analyse his 1991 speech that promised a Bangsa Malaysia where race and political dominance by race was not even mentioned.
Yet, his words then have stirred Malaysians to work together to overcome the nine challenges that he had identified. And in that time, economic inequalities between the races have smoothened out as much as political inequalities.
More importantly, be it from the days of Tunku Abdul Rahman to current prime minister Datuk Seri Najib Razak – Umno has worked with political parties that represented other races.
The party knows it cannot go it alone to govern Malaysia. And the fact that its near total dominance of the Barisan Nsaional (BN) in the past years have cost MCA and MIC, and even Gerakan and PPP, much of their state and federal seats.
No sir, the Malays do not have to beg other races to keep power anymore. We are all Malaysians, your Bangsa Malaysia, and we look beyond skin colour and ethnicity when deciding our government of the day.
What Malaysians are looking for is an honest and hardworking government that is fair to all. A government that keeps your nine challenges as a guide to a better Malaysia.
We are not a country of Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Murut, Iban, Orang Ulus and Orang Asals. We are a country of Malaysians, and definitely not a people who are politically weak that they have to beg to keep power.
It does not matter who leads the parties or runs the government as long as they are Malaysians who do a good job for Malaysia. – December 20, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/the-politics-of-inequality#sthash.qYpg4Yuu.dpuf



Dr M: Malays now have to beg to remain in power






KUALA LUMPUR: The Malays who had introduced the concept of power sharing with the other races could end up being the weakest, said Tun Dr Mahathir Mohamad.

In this regard, the former prime minister urged the community to learn from past mistakes and not be complacent to ensure they do not lose political power in the future.

He warned that the community could be left behind despite the country achieving the high income nation status.

"Although we comprise 60% of the population, making us the majority, we are still divided into three political parties.

"Since we are split into three groups, we cannot hold a strong majority government.

"In order to enjoy majority support, Malay political parties are forced to beg for support from the non-Malays, especially the Chinese.

"Just to win elections, be it Umno, PAS or PKR, they need to beg from DAP just to win votes," he said at the Nusantara National Youth leadership convention on Saturday.

"When we are beggars, we cannot be powerful. Beggars do not have political power," he said.

He urged the Malays to adhere to and follow Islamic principles in order to change the fate of the community.


Saturday, December 13, 2014

25 prominent Malays, ‘arrogant and pompous’, says ex-Umno Minister


Former Information Minister Tan Sri Zainuddin Maidin says the group, comprising former top civil servants has acted unreasonably by making Malay non-governmental organisations such as Perkasa and Isma as their enemies.
KUALA LUMPUR, Dec 13, 2014:
The group of 25 prominent Malays who recently made the news with an open letter to the Prime Minister are “arrogant and pompous”, says a former Minister.
Tan Sri Zainuddin Maidin said the group, comprising former top civil servants, also acted unreasonably by making Malay non-governmental organisations (NGOs) such as Perkasa and Isma as their enemies.
“These 25 prominent Malays should be careful as to ensure that they do not become a tool for The Star that has a hidden agenda which so far has successfully created a bad perception of the Malay NGOs that are fighting for Islam and Malaysian nationalism based on the Federal Constitution,” the former Information Minister said in a blog post, alluding to the English daily.
The open letter to Datuk Seri Najib Razak four days ago urged the premier to establish an inclusive consultative committee as well as called for a rational dialogue on Islamic laws and for moderation.
Zainuddin also took to task one of the 25 for attacking Perkasa and Isma members.
Former Malaysian Ambassador to the Netherlands Datuk Noor Farida Ariffin had labelled the two right wing groups as uneducated.
“Is this the feature of intelligence and wisdom of the former civil servants who want to portray themselves as a group of moderates?,” he wrote.
Zainuddin who was previously the Chief Editor of Malay daily Utusan Malaysia added that the 25 government retirees should understand better the challenges faced by the Constitution as they had gone through the process of national development with the country’s former Prime Ministers.
He also hoped that these prominent Malays would consult the Selangor Sultan before they hold a dialogue with non-Muslims as information provided by the Selangor Sultan seemed clearer than the explanations given by religious officers themselves.
“The problems faced by the nation are very sensitive and must be balanced with the thoughts and wishes of the majority who support the government.”
He also slammed Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom for his ignorance on the hidden agenda behind The Star’s call for moderation.
“Jamil Khir must have missed the hypocrisy behind this moderation campaign, unless he scrutinises a big part of the news, social and political pieces that the newspaper has published.”

Monday, December 8, 2014

Bajet 2015 : Pengayuh Beca, Pemandu Bot Penambang Dapat Insentif RM200 Sebulan

Bajet 2015 : Pengayuh Beca, Pemandu Bot Penambang Dapat Insentif RM200 Sebulan

AUTHOR:  9 DECEMBER 2014 10:08 AM0 COMMENTSVIEWS: 16

beca
Pengayuh beca roda tiga dan pemandu bot penambang tradisional antara penyumbang kepada keunikan sektor pelancongan di Terengganu.
Prihatin dengan nasib golongan itu, kerajaan negeri akan memberikan insentif khas kepada mereka sebayak RM200 sebulan.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kumpulan yang berada di barisan hadapan itu mempunyai peranan tersendiri memajukan sektor pelancongan Terengganu.
“Insentif ini akan diuruskan oleh Tourism Terengganu,” katanya ketika berucap dalam pembentangan Bajet 2015 di Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

    JATA YANG HEBAT UNTUK NEGARA YANG HEBAT

    JATA YANG HEBAT UNTUK NEGARA YANG HEBAT
    Setiap negara memiliki “Jata” atau “Coat of Arms” yang digunapakai oleh pasukan tenteranya bagi menandakan kekuasaan dan kehebatan sesebuah pasukan tersebut. Begitu juga dengan pasukan tentera dari negara-negara Islam.
    Diantara “Jata” atau “Coat of Arms”yang diguna pakai oleh pasukan tentera negara Islam di dunia kini, ramai mungkin terlepas pandang akan keunikan yang terdapat pada “Jata” pasukan tentera Malaysia.
    Jika dibandingkan “Jata” atau “Coat of Arms” antara negara-negara Islam, hanya pasukan tentera Malaysia menggunapakai kalimah Allah dan Muhammad saw pada “Jata” atau “Coat of Arms” mereka.
    Agaknya, diatas faktor inilah kenapa bumi ini senantiasa mendapat keberkatan dari Allah swt walaupun pelbagai cara pihak musuh cuba melemahkannya. Cuba kita perhatikan.
    Walaupun Belanda dan Inggeris berjaya meliberalkan bumi Indonesia dari negara beraja menjadi negara republik yang tiada lagi pautan pada Islam didalam Pancasila mereka, pihak asing tidak berjaya melakukan sedemikian semasa mereka menjajah Tanah Melayu. Malahan, bumi ini redup dengan puluhan ulamak yang datang dari jauh dan dekat dari dahulu hingga kini.
    Bumi ini juga masih berjaya mempertahankan sistem beraja nya kerana fungsi Raja sebagai Ketua Agama Islam. Walhal, di sekitar Nusantara dahulu kala, bumi ini dipenuhi Raja dari Champa hingga ke Tanah Jawa. Kini, yang tinggal hanya di Malaysia.
    Dari sudut geografik pula, bumi ini senantiasa terlindung dari bala bencana atau musibah yang teruk walhal ianya amat hampir dengan kawasan gunung berapi “‘Ring of Fire”.
    Dari sudut pembangunan pula, Malaysia boleh dikatakan antara negara yang berjaya berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu melutut pada pihak Barat. Tidak banyak negara Islam diluar sana yang mampu meniru kemajuan negara ini di pelbagai bidang dari perbankan Islam hinggalah pengurusan Tabung Haji nya. Malaysia tidak seperti dunia Islam yang lain dimana terlalu bertaut kepada dunia Barat untuk kemajuan sehinggakan kehilangan maruah dan jatidiri mereka.
    Begitu juga dari sudut sosial dan kemasyarakatan. Negara ini bagaikan memuntahkan rezeki yang memberkati keseluruh penduduknya termasuk mereka yang pendatang dari sebelum merdeka hingga kini. Bagaimana mungkin negara sekecil ini dapat memberikan rezeki kepada 6 juta pendatang haram pada ketika ini? Itulah namanya bumi bertuah.
    Sudah pasti, bumi yang bertuah ini akan terus menghadapi ancaman dari luar dan dalam terutamanya dari sudut agama. Ini adalah kerana mereka tidak membiarkan bumi ini menjadi negara contoh pada negara Islam yang lain. Hebatkan Malaysia ku ini!
    Maka, janganlah kita rosakkan keberkatan yang telah diberi sekian lama kerana yang bukan Islam juga mendapat manafaatnya.
    Dan, jangan diasak pula Melayu ini secara berlebihan, takut terbangunnya nanti harimau yang sedang lena tidur.
    Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk bumi tercinta ini. Demi Agama, Bangsa dan Negara.
    Dari Shakespeare of Malaya

    Friday, December 5, 2014

    Misteri mayat dikerat terbongkar Misteri Rumah 575 terbongkar Ekoran penahanan 17 warga Myanmar

    ABDUL RAHIM HANAFI (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebuah rumah sewa sebagai lokasi pembunuhan kejam dua lelaki warga Myanmar di Kampung Pisang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.
    BUKIT MERTAJAM 5 Dis. - Misteri pembunuhan kejam yang menyaksikan kepala dua mangsa dipotong dan dibuang di dua daerah di negeri ini berjaya diselesaikan selepas polis memberkas seramai 17 lelaki warga Myanmar dan menemui sebuah rumah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian ngeri berkenaan.
    Rumah berwarna hijau muda yang mempunyai dua bilik bernombor 575R itu terletak di Kampung Pisang, Machang Bubuk di sini, dipercayai disewa suspek sejak empat bulan lalu dengan kadar RM300 sebulan dan merupakan sebahagian daripada 27 unit keseluruhan yang dimiliki seorang pesara guru.
    Menurut sumber polis, susulan penahanan dua suspek utama beberapa hari lalu, mereka dibawa ke situ dan menemui tiga bilah parang panjang yang dipercayai digunakan untuk memotong badan mangsa.
    Bagaimanapun katanya, suspek bertindak licik selepas mengecat semula dinding rumah berkenaan untuk menghilangkan kesan darah.
    “Polis terpaksa menggunakan alat khas untuk mengesan darah di bahagian dinding rumah itu yang telah dicat semula dan berjaya menemuinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
    Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya yang melancarkan ‘Ops Kelar’ berjaya menahan semua suspek di sekitar negeri ini dan di Rawang, Selangor dengan dua tangkapan terbaharu di Georgetown malam tadi.
    Menurutnya, sejak awal tahun ini terdapat 18 kes pembunuhan membabitkan warga Myanmar berlaku di negeri ini dan pihak­nya percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes berikutan penahanan suspek terlibat.
    “Pada mulanya mereka membungkus mayat dan meninggalkan di tepi jalan namun trend berkenaan berubah apabila kepala mangsa turut dipotong dan anggota badan yang lain dibuang di beberapa lokasi untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.
    Sebelum ini, orang awam gempar apabila menemui kepala manusia yang dibungkus dalam plastik hitam di hadapan sebuah restoran di Taman Impian Ria pada 24 November lalu, sebelum disusuli penemuan badan manusia dalam tali air di Sungai Bakap sehari selepas itu.
    Polis kemudiannya menemui sepasang kaki berhampiran lokasi penemuan badan serta tangan dalam longkang di Simpang Ampat, Nibong Tebal yang terletak kira-kira 15 kilometer dari situ.
    Isnin lalu pula, orang ramai menemui sepasang tangan dan satu lagi kepala yang dibuang berhampiran Balai Polis Machang Bubuk di sini.
    Abdul Rahim berkata, tindakan itu seolah-olah mencabar polis dan pihaknya akan membanteras jenayah kejam berkenaan habis-habisan dan ketika ini sedang mengesan beberapa anggota badan seorang mangsa yang masih belum ditemui.
    Sepanjang operasi itu, katanya, polis turut merampas kereta dan motosikal yang digunakan suspek yang bekerja sebagai buruh untuk membuang mayat.
    Ditanya mengenai punca kejadian, beliau memberitahu, siasatan awal mendapati dendam lama di negara asal termasuk masalah keluarga dan hutang menjadi motif utama dan perkara itu berlarutan apabila warga Myanmar berkenaan tiba di negara ini.
    “Siasatan mendapati rakyat Myanmar yang tinggal di negeri ini kebanyakan berasal dari kawasan sama di negara asal dan sentimen dendam dan masalah peribadi dibawa ke sini,” katanya.
    Dalam masa sama, Abdul Rahim memberi amaran kepada rakyat asing yang bekerja di negeri ini supaya mematuhi undang-undang negara.
    Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Pisang, Machang Bubuk terkejut selepas mendapat tahu jirannya terlibat dengan kejadian pembunuhan kejam tersebut.
    Roziah Hamid, 50, berkata, sejak menyewa di situ, warga Myanmar berkenaan tidak bercampur dengan jiran dan hanya bergaul sesama mereka.
    “Mereka akan keluar bekerja pada awal pagi dan pulang lewat petang. Saya terkejut kerana rumahnya terletak kira-kira 10 meter sahaja dari rumah saya dan tidak sangka berlaku kejadian potong kepala di situ,” katanya.