Hostgator

Hostgator
Click on the image for more info

Wednesday, March 25, 2015

Setiu Wetland Taman Negeri Pertama Di Terengganu

AUTHOR:  26 MARCH 2015 11:29 AM

setiu-2
Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetland akan dijadikan sebagai Taman Negeri pertama di Terengganu tahun ini.
Pengarah Perhutanan Terengganu, Azmi Nordin berkata pihaknya bersama kerajaan negeri dan pelbagai jabatan termasuk World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia) kini giat menjalankan pelbagai program kesedaran menjadikan rancangan itu satu realiti.
“Sekarang ini, kita bersama Universiti Malaysia Terengganu dan Yayasan Diraja Sultan Mizan sejak dua tahun lalu sedang mempergiatkan program kesedaran memberi pendidikan kepada masyarakat setempat bagi memelihara dan memulihara kawasan tanah bencah ini yang kaya dengan pelbagai ekologi,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media sempena Program Larian Tanah Bencah Setiu dan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok 2015 di Tanah Bencah Setiu, semalam.
IMG_007
Hadir sama Pengurus Kanan Program Air Tawar WWF-Malaysia, Daria Matthew.
Azmi berkata pihaknya bersama WWF kini menjalankan penanaman pokok rhu sebagai penahan ombak untuk mengelakkan kawasan berkenaan terhakis.
Sementara itu, Matthew berkata Tanah Bencah Setiu merupakan kawasan tanah bencah semulajadi yang terluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
“Ia memiliki kepelbagaian ekosistem merangkumi air tawar, air payau, laut dan laguna yang mengunjur lebih kurang 14 kilometer pasir pantai.
“Populasi tuntung laut yang sangat terancam dan tuntung sungai juga terdapat di kawasan ini.
“Berdasarkan kajian, sebanyak 29 jenis mamalia, 112 spesies burung dan 28 jenis reptilia ada di tanah bencah ini.
“Hutan gelam yang sukar didapati di seluruh negara juga terdapat di sini,” katanya.

No comments:

Post a Comment